Friday, February 19, 2010

Requirement when starting this programming :

Berikut ialah apa yg I guna, it's depend on individual what to use..

a) Perisian pelayan web Apache Tomcat 6.0

Apache Tomcat 6.0 digunakan sebagai pelayan web untuk menghubungkan antara fail-fail JSP (antaramuka kepada user) dan juga dengan engine( yang bertindak untuk membuat sebarang tindakan dan berinteraksi dengan pangkalan data). Pelayan ini juga mampu menyokong Operating Systems yang digunakan dalam komputer peribadi iaitu Windows.

b) Perisian bahasa pengaturcaraan Java

Perisian Java ini digunakan untuk membuat antara muka (Front –End ) bagi pengguna. Selain itu, perisian ini juga digunakan untuk membenarkan pelayan web untuk memproses data dan maklumat menggunakan pengaturcaraan Java. Bahasa pengaturcaraan ini lebih mudah digunakan dan ia lebih popular daripada PHP dan juga ASP.

c) Perisian aplikasi pangkalan data Java DB

Perisian ini akan bertindak sebagai perantaraan untuk menghubungkan perantaraan dengan pangkalan data bagi sistem yang akan dibangunkan ini. Segala data dan maklumat yang diproses oleh JSP akan disimpan didalam pangkalan data ini. Perisian ini dipilih kerana ia amat serasi dengan bahasa pengaturcaraan JSP. Ini kerana pengaturcaraan web JSP tidak boleh terus berhubung dengan pangkalan data tanpa melalui back-end.

d) Perkakasan pembangunan laman web Macromedia Dreamweaver 8

Macromedia Dreamweaver 8 merupakan sebuah perisian pembangunan laman web yang mesra pengguna di samping mudah digunakan. Ia dapat membantu kedua-dua pengaturcara mahupun perekabentuk sistem untuk membuat antaramuka yang akan dipaparkan dalam sistem dengan cara yang mudah tetapi amat berkesan. Pengguna perisian juga bebas untuk merekabentuk halaman antaramuka sistem mengikut kesesuaian di samping turut menyediakan beberapa kemudahan kepada pengguna sepertilibrary dan template yang dapat mengurangkan beban pereka sistem. Perisian ini dipilih kerana ia dapat memudahkan penghasilan fail JSP menggunakan komponen yang terdapat didalam perisian tersebut.

e) Perisian Adobe Photoshop CS3

Selain itu, Adobe Photoshop CS3 pula digunakan untuk membuat rekabentuk antaramuka bagi sesebuah sistem. Ini kerana, rekabentuk antaramuka adalah suatu elemen yang penting bagi penghasilan yang boleh menarik perhatian pengguna. Selain itu, bleh guna kan perisian lain utk design interface.

0 comments:

Post a Comment